Wednesday, April 21, 2010

Perjalanan Ke Tanah Haram...

Salam...

saya dah lama tak update kan? Saya 'hilang' selama 2 minggu, lps tu bila dah balik ke ofis, saya malas nak berblog.. so terbiar mcm tu jek laaa blog saya..

Alhamdulillah, saya dah selamat pegi dan balik... remember ada satu entry saya yg saya tulis saya dah book something? saya dah booked nak pegi umrah... jadi saya telah berlepas hari Isnin 29 march terus ke Madinah (singgah jap kat Riyadh, sbb nak turunkan org, aku ngan laki aku sekali turun sbb excited... belakang kitorang kena halau naik flight balik bersama lagi 2 jemaah Malaysia... semua akibat tak dengar announcement)

sampai Madinah... Subhanallah... aku mmg cam nak nangis! tak sangka sampai laa kan.. penat ke, dah lewat malam ke, aku tak kisah.. terus aku ajak laki aku straight pegi Masjid Nabawi gak... dorang kata pintu masjid tutup pkl 11 mlm, aku sampai dah pkl 10.30mlm... mmg tinggal harapan jek laa kan, aku solat kat depan pintu jek (ropa2nya ada pintu yg bukak laki aku cakap, aku jek yg taknak round depan2 lagi sikit... laki aku dapat masuk masjid, dan siap dapat solat dalam Raudhah lagi)... takpe laa rezeki dia...

3 hari spend kat Madinah, Khamis mlm Jumaat tu kitorang gerak pegi Makkah... Alhamdulillah, dapat buat umrah malam jumaat tu... mmg ramai, rupa2nya mmg ramai org buat umrah kalau malam jumaat, tu mutawwif yg cakap... berkat lebih agaknya kot...

dekat Makkah spend 11 hari... mmg tak rasa jemu, penat... dan tak ingat apa2 kat Malaysia ni... semua tumpuan hanya pada Allah! dan aku rasa everytime waktu solat, aku akan cuba mendapatkan 'port' yg baik iaitu bila angkat takbir, mata aku nampak kaabah! Alhamdulillah, most of times aku dapat...

Overall, kepada kawan2 yg membaca posting ni, cadangan aku, kalau ada rezeki lebih, pergilaaa... I mean buat umrah dulu, sambil2 kumpul2 duit nak tunaikan haji... get the feeling org kata, be familiarize with both places, then pastu terus buat haji.. dah buat yg wajib, pastu boleh ulang2 lagi, Insya Allah...

aku jugak happy sbb apa yg aku nak cuba buat sepanjang umrah ni berjaya aku buat, which is:

1. Cium Hajarul Aswad (2x)
2. Solat di Hijir Ismail (banyak x)
3. Khatam Quran (sekali)
4. Solat di Raudhah (few times gak)

Sekian...

p/s: saya sekadar berkongsi pengalaman, bukan niat menunjuk...


background: masjid nabawi... cantik!

suamiku sedang bersolat dalam gua hira'

ke ladang unta beli susu unta, tapi minum sikit jek... tak berani :)

Alhamdulillah, sampai jugak aku ke sini. Amin...

time ni kat Jeddah, depan laut Merah... nak balik ke Malaysia, makan dulu!



5 comments:

yaya|azura said...

Alhamdulillah.. selamat pergi dah korang lakibini ye.. tahun ni ramai gak rakan2 sebaya yang pergi mengerjakan umrah.. dah memang seru la agaknya. Bahagia rasa macam entry kau nie... Bila turn aku tatau la. Insyallah. :)

Shue said...

Owh! ingatkan makan nasik tapau tepi Tg Balak, Melaka.

alhamdulillah, dah slamat kembali ke tanahair. Tp Adam 3rd Birthday without Mummy & Daddy? dia celebrate ngan sape?

Shue said...

eh chopp..Tg Balak or Pengkalan Balak? I think it's pengkalan Balak kan?
Tg tu Tg Bidara kan.

Roz Razalli said...

zoowa,
mungkin thn ni ramai yg berezeki lebih, Insya Allah...
mcm kau rezeki kau tang lain... kat perut tu haa... jaga diri elok2 ok?
Insya Allah lps beranak ko boleh pi sana...

chah,
patut laa mcm tak tak pernah dengar tg. balak... pengkalan balak tu ada kat kg aku! chesss...
Adam aku menyambut birthday dia ngan tok nenek dia... then mommy daddy bawak pegi chilli's belanja makan molten cake cucuk lilin sebatang.. tu pon dia dah excited! hehehe

Liyana said...

Alhamdulillah, ni bagi semangat gak kat org lain utk jejak kaki ke sana.