Showing posts with label Knowledge Sharing. Show all posts
Showing posts with label Knowledge Sharing. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Perjalanan Ke Tanah Haram...

Salam...

saya dah lama tak update kan? Saya 'hilang' selama 2 minggu, lps tu bila dah balik ke ofis, saya malas nak berblog.. so terbiar mcm tu jek laaa blog saya..

Alhamdulillah, saya dah selamat pegi dan balik... remember ada satu entry saya yg saya tulis saya dah book something? saya dah booked nak pegi umrah... jadi saya telah berlepas hari Isnin 29 march terus ke Madinah (singgah jap kat Riyadh, sbb nak turunkan org, aku ngan laki aku sekali turun sbb excited... belakang kitorang kena halau naik flight balik bersama lagi 2 jemaah Malaysia... semua akibat tak dengar announcement)

sampai Madinah... Subhanallah... aku mmg cam nak nangis! tak sangka sampai laa kan.. penat ke, dah lewat malam ke, aku tak kisah.. terus aku ajak laki aku straight pegi Masjid Nabawi gak... dorang kata pintu masjid tutup pkl 11 mlm, aku sampai dah pkl 10.30mlm... mmg tinggal harapan jek laa kan, aku solat kat depan pintu jek (ropa2nya ada pintu yg bukak laki aku cakap, aku jek yg taknak round depan2 lagi sikit... laki aku dapat masuk masjid, dan siap dapat solat dalam Raudhah lagi)... takpe laa rezeki dia...

3 hari spend kat Madinah, Khamis mlm Jumaat tu kitorang gerak pegi Makkah... Alhamdulillah, dapat buat umrah malam jumaat tu... mmg ramai, rupa2nya mmg ramai org buat umrah kalau malam jumaat, tu mutawwif yg cakap... berkat lebih agaknya kot...

dekat Makkah spend 11 hari... mmg tak rasa jemu, penat... dan tak ingat apa2 kat Malaysia ni... semua tumpuan hanya pada Allah! dan aku rasa everytime waktu solat, aku akan cuba mendapatkan 'port' yg baik iaitu bila angkat takbir, mata aku nampak kaabah! Alhamdulillah, most of times aku dapat...

Overall, kepada kawan2 yg membaca posting ni, cadangan aku, kalau ada rezeki lebih, pergilaaa... I mean buat umrah dulu, sambil2 kumpul2 duit nak tunaikan haji... get the feeling org kata, be familiarize with both places, then pastu terus buat haji.. dah buat yg wajib, pastu boleh ulang2 lagi, Insya Allah...

aku jugak happy sbb apa yg aku nak cuba buat sepanjang umrah ni berjaya aku buat, which is:

1. Cium Hajarul Aswad (2x)
2. Solat di Hijir Ismail (banyak x)
3. Khatam Quran (sekali)
4. Solat di Raudhah (few times gak)

Sekian...

p/s: saya sekadar berkongsi pengalaman, bukan niat menunjuk...


background: masjid nabawi... cantik!

suamiku sedang bersolat dalam gua hira'

ke ladang unta beli susu unta, tapi minum sikit jek... tak berani :)

Alhamdulillah, sampai jugak aku ke sini. Amin...

time ni kat Jeddah, depan laut Merah... nak balik ke Malaysia, makan dulu!



Wednesday, December 16, 2009

Hafazan is Easy (HIE)

Salam...

Right after work yesterday, my hubby and I rushed to Coaching Zone, in Seri Kembangan (right after work tu takde laa, lps maghrib gak aku bertolak, redah hujan, halilintar, dan plg penting kat KL ialah redah banjir jem!)

We attended a session called Hafazan Is Easy, a method used by an ustaz in a tahfiz school in Besut, T'ganu (Ustaz ni nama dia Ust. Wan Zikri, muka mcm Mawi, serious tak tipu, but with kopiah, and a funny guy...) This session was organized by Coach Sha, a homeschool teacher cum mother to her 4 kids, who is also running this Coaching Zone company... she basically organize English classes for kids, parents and anybody who loves to learn English in fun ways...

You can view Coach Sha's website @ http://mycoachingzone.net/ or her blog @http://coachsha.wordpress.com/ .

Basically, this session introduce you ways of memorizing Quran, how one's can use their fullest brain capacity and capability to memorize the holy Quran... Come to think of it, everyone can and it is never too late... sebab Ustaz Zikry cakap, if you memorize an ayat a day, you'll memorize the whole book in 18 years! How amazing is that? So katalaa skarang aku 32, campur lagi 18 tahun? 50? ehh ok sangat laa tu kan kalau jadik hafizah masa umur cenggitu... Insya Allah...

hmmm... boleh ke? sometimes my brain pon cam ada mode idle2 dia gitu... :) Anyhow, when there's a will, there's a way, aight?

Thursday, August 13, 2009

IUI Procedures

Salam...

agak ramai org bertanya how does this procedure works... so seperti biasa, adalah malas penat utk saya menulis banyak kali , lagipon blog ini utk tatapan umum jua, I just penned everything here...

specifically this was done at LPPKN (Lembaga Penduduk something- something):

1st day of period: Called the clinic to set an appointment with the Dr. (dalam kejadian ini, aku 'kena' jumaat, so jumpa Senin)...

Appt Day: Consultation session with Dr. K. Dia kira itu, ini, yada yada... last2 dia prescribed Clomid (yg kena makan selama 5 days in a row) and Pregnol injection (3x, every other nite)... time ni bill around RM400.00. Then kena datang balik for ultrasound nak tgk the eggs.

2nd. Appt. Day: Dr. scanned me and said telur tak berapa matang, had to inject lagi sekali with Pregnol... then 2 days after that, I have to do another injection to release the eggs... then have to come for IUI procedure the next weeknya tu... Bill around RM300++ (ini dah termasuk tablets prescribed to kuatkan my rahim yg perlu dimakan a week after that IUI treatment)

IUI Day: Datang klinik pagi2 buta (dalam 7.30am) then tunggu turn buat IUI... Kos RM350.00
lepas tu, kita doa sama2, dan tawakkal pada Allah... it's all in His hands... Insya Allah...

kesimpulannya: ready2 jek laa dalam RM1500 for this whole thing... dan setakat yg I tau, it's more costly if you do it outside of LPPKN... ye laa, sbb LPPKN ni govt subsidized sikit... tapi tu laa, sbb dia cheaper than biasa2 ni, Q dia kadang2 boleh membuatkan blood go upstairs, tu tak masuk lagi Dr takde pegi course laa, amik cuti laaa, dah kena tunggu next cycle utk set another apptmt (tapi who are we pon nak complain2 sangat kan, bersyukur jek laa)...

juga perhatian pada kawan2 yg banyak makan clomid... tak tau laa kan, tapi I mmg mintak kat Dr. jgn prescribed clomid banyak2 kat I, sbb selepas makan tu, selera makanku mencanak2...
terus stress... :)

Insya Allah... teruskan usaha... and lets keep on doa to Him for He knows what He's doing... all the best!

Wednesday, August 12, 2009

Free Leave Today

Salam...

We have to go back and 'dilarang berkerja arahan' by the management (only applicable to my level, 7B)... Hooray! There was this one guy suspected of having H1N1 (he had all the symptoms)... kesian dia...
suka kena balik pon suka gak.. but I was kinda worried if let say the guy is positive with the virus, we are to be home- quarantined for 7 days, and not to have direct contact even with family members! Gila... macam mana nak main2 bergurau senda bersama l\keluarga?

But Alhamdulillah, I just received txt message from my director stated that we are required to come back to work tomorrow... that means that guy is negative.. Insya Allah...

so everybody, lets just be extra cautious... wear face mask ye!

Monday, July 13, 2009

I AM TAKING THE PLUNGE!

salam...

Ya Allah, please give me strength and success in pursuing this... I am doing this is for You and for the family's betterment...

Please let me equipped with all the knowledge, the techniques (or tactics) and be okay with rejection(s)... Amin...

p/s: I guess I am really doing this, as firman Allah: "Allah tidak akan sesekali mengubah nasib mereka jika mereka tidak mengubah nasib mereka"...

Tuesday, May 19, 2009

First Impression Do Not Treat You Right

Salam...

stumbled upon this video, and yes... we always pass judgement to strangers, but of course... you can never trust your first impression...

Grazie Susan Boyle! from seb fil on Vimeo.


Friday, May 15, 2009

Lets Pray

Salam...

the first case of H1Ni has been confirmed today... Let us pray to Allah to safeguard us from all the illnesses and bad things in the world...

Let us also pray for the person(s) who got contaminated, may he's cured from this disease, Insya Allah...

Friday, January 23, 2009

Acupuncture

Salam...

Ye, aku dah try... and surprisingly tak sakit! hahaha, sapa2 yg kenal aku, mmg korang tau aku ni suka menerai (almost!) all of these 'kaedah perubatan alternatif (pls aaa, bomoh2 gua tak main!)... aku dah try bekam (yang lintah punya pon aku dah buat)... klik sini...

so haritu aku pegi homeopathy clinic @ kg. baru... nak kata sakit, tak gak... tp tu laa, kata nak try pregnant lagi kan... so I opt for homeopathy laa pulak, sbb aku ada pegi hospital biasa, jumpa O&G, the doctor precribed aku Clomid, to rangsang my brain to ovulate (or something like that)... tp dr tu dah warned aku awal2, this hormone2 punya ubat ni akan menyebabkan badan naik!!! mmg tak tipu, sapa2 perasan aku, mmg aku tgh musim 'prime' skarang ni, TEMBUN! bencik! tapi takde apa2 gak (tak pregnant laa)...

maka aku pon mencuba laa homeopathy ni, utk this cycle... selain kena makan ubat, dr. Faridah (mak aihh, pekat gila slang Kelantan dia, sib baik suamiku berketurunan Kelantan itu ada... heheheh) suggested aku buat acupuncture... so aku pon agreed... I think there were about 12 needles kot; ada yg kat kaki, perut dan kepala... tak sakit, and aku boleh tido ngan baiknya...
dan suamiku seperti biasa, pon menumpang tido di katil sebelah... ehehhehe... (tapi dia taknak buat)... seriau katanya...

the charges were RM45, not bad laa kan... aku dah budget2 beratus2 ke... hmmm, the effect after that? ntah laaa... aku ada laa rasa lenguh2 skett kat belah kaki aku (no, aku tak rasa badan aku ringan... aku tak kalah saiko)... tapi who knows, mana tau internal organs aku dah rasa semakin ok ke... ehhehe... atau semua tgh berfungsi secara optimumnya kat dalam tu :)... Wallahhualam...

so sapa2 nak try, boleh laa cuba... kalau rasa2 nak get some info on acupuncture, get it here...
Renung- renungkan... dan selamat beramal...

Tuesday, January 6, 2009

Free Palestine... Get Yourself Out, Assholes

Salam...

I know my title isn't the best thing to show my hatred, my loath towards those damn Israelis... but what the heck, they deserve it...


pic courtesy from http://saifulislam.com. Please click here for 'Palestine: Crisis of Mind Before Land'. It features history, what Allah promise to Muslims on Palestine and what we Muslims can do (the least) to help Palestinians.

Friday, November 14, 2008

Emotional Intelligence (EQ)

I attended two days training on EQ (Breakthru Leaderhship: Unlocking Performance with EQ)which ended yesterday...
It was organized by Six Seconds (http://www.6seconds.org/), a non- profit org that develops and applies this vital competencies to foster healthy and productive relationships.

An interesting fact that they taught me:

It takes 6 seconds to manage anger
It takes 6 seconds to create compassion
It takes 6 seconds to make a difference.

In summary, with EQ on the job (can be applied to our daily life, too), people work together even better; they are more productive, more focused, more innovative, more prudent...

and what I found written on their website: Emotions make or break relationships, they lead us to optimal or terrible decisions, they drive our best and worst behaviors... The difference is emotional intelligence...

p/s: I didn't plan on babbling what can I learn from it, how was the food served, the facilitator etc..
but overall, it was a good learning experience that I overlooked before)...

Wednesday, October 22, 2008

Children See Children Do

Salam...

An award- winning advertisement that I stumbled upon at http://www.childfriendly.org.au/.
Watch it and you gonna love it. If you are a parent yourself, it's a knock on the head. Don't you think so? I'm Watching...

Tuesday, October 21, 2008

More of him (or new 'her')...

Salam...

I found this very good and interesting tips from http://urutdanrawat.com/ As I am in the middle of trying for my second one... no harm in trying this, too... Insya Allah...

PETUA MENDAPAT ZURIAT

1. Sediakan 40 kuntum bunga cengkih.

2. Pada setiap bunga cengkih itu ,baca 7x surah An-Nur ayat 40....bermula.."AU ZULUMAT FII BAHRI...hingga akhir ayat 40 tu..Nak baca untuk semua 40 kuntum pun boleh ATAU setiap kali nak makan,baca 7x di sekuntum bunga cengkih itu,pun boleh.

3. Mula makan,adalah ,pada hari suci dari HAID,dan bersama suami...pada malam2 nya...sehingga habis 40 kuntum.Tak semesti nya..bersama setiap malam.....Lagi baik,makan selepas solat hajat,dan baca al fatihah hadiah kepada Nabi SAW 1x dan kepada Shah Wali Allah 1x. Insyallah dengan berkat Shah Wali Allah,wali tersohor itu dan Rasullullah SAW,akan di kurniakan anak.


Happy moments, praise Allah (SWT)
Difficult moments, seek Allah (SWT)
Quiet moments, worship Allah (SWT)
Painful moments, trust Allah (SWT)
Every moment, thank Allah (SWT)

Thursday, October 16, 2008

Surah Al- Kautsar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*found this very interesting information... renung2kan & selamat beramal :)
Bismillahirramanirrahim...
"Innaa ak'thoina'kalkautsar, fashallilirabbikawanhar, innashania'ka huwal abtar".
Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 org yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000 x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut khyusuk ketika menunaikan solat.
7) Jika org teraniaya dan terpenjara membacanya sebyk 71 x Allah s.w.t. akan memberi bantuan kepadanya krn dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
wassalam...