Friday, January 4, 2013

Rumusan: Apa Yang Terjadi Baru2 Ini

Salam...

Dah lama saya sembunyikan diri. Saya rasa saya banyak berbicara melalui FB dan T saja... Mungkin medium itu lebih 'di hujung jari' :) Jadi di sana sajalah saya melepas geram/ buah pikiran dan lain2 lagi...

OK, saya sebenarnya sudah bersiap sedia berkemas untuk balik rumah... tak rasa nak duduk lama di tempat yang memberi saya makan ini... sebab mood saya bercuti baru2 ini masih ada lagi :) Lagipon hari ini hari Jumaat. Perlu.Pulang.Segera.Naik.Kenderaan.Awam.Hujan.Semakin.Lebat.Diluar.Awan.Berarak.Hitam.

OK. Tujuan asal penulisan:

Saya baru naik kerja semalam... selepas 3 minggu lebih bercuti.

Kerana, 2 minggu pertama saya dapat MC, saya menjalani pembedahan kecil di perut. Saya pon tak sangka Dr. Hamid Arshat (Dr. yang dari saya kecik asyik baca artikelnya dalam mag apa saya tak ingat, terima kasih kepada makcik saya yang melanggan) nak korek perut saya... tapi takpe laa... kalau ini dikirakan sebagai salah satu usaha untuk mengadik- beradikkan AZA, saya redha, In Shaa Allah...

Minggu yang ke 3 lebih kepada menghabiskan saki baki cuti tahunan yang ada lebih kurang 5 hari tu...
Best ye sebenarnya tak kerja ni (tapi gaji jalan, boleh?) Alhamdulillah, AZA pon macam gembira saya ada di sisi dia, walaupon kadang2 tu, macam nak runtuh rumah saya mengaum dekat dia suruh belajar :)

Kemudian, saya meraikan ulangtahun perkahwinan yg ke 10 pada hari tahun baru... Alhamdulillah. Sudah 1 dekad kami bersatu...

Hari kedua pada tahun baru, saya menghantar AZA ke sekolah baru... Nampak dia sangat mudah untuk mengadaptasi diri dia di kalangan kawan2 dan cikgu2 baru... bila dah hantar ke sekolah, mak bapak yang cuti ni tak tau nak buat apa... jadi kami pulang dan sambung tidur sementara menantikan jam 12 kerana saya ada temujanji dengan Dr. pakar mata pula...

Pukul 12 saya tiba di hospital dengan bantuan suami... Tunggu punya tunggu, lepak punya lepak, sampai dah satu tahap tu kadang2 rasa macam nak bukak tempat tidur awam pulak, baru saya berpeluang berjumpa dr yang saya sangat kagum, Dr. Muhaya... Cerita punya cerita, dan dia dah tgk rekod saya, maka secara tiba2 dia bersetuju untuk terus buat L.A.S.I.K di kedua2 mata saya...

Sekian, saya sekarang sudah bebas kacamata dan kanta lekap... Alhamdulillah...



3 comments:

yaya|azura said...

Wahhh che roz, alhamdulillah.... how much the cost for the lasik tu? aku teringin juga nak buat ni.

Also, moga dipermudahkan usaha untuk mendapatkan adik for Adam....Ameen!

Roz Razalli said...

zoora, utk umur2 kita yg dah 35-an nih, Dr. M buat blended vision... maksudnya dia tak buat correction 100% to both eyes... Sbb dia kata nanti 1 time, mata kita akan susah nak baca benda2 dekat kalau buat 2-2...

so for blended vision ni, patutnya 7990, tp ada discount jadik 7870.

and kalau nak buat, aku recommend buat skarang. Nurse tu kata soon dorang akan increase price...

Thanks for the doa. In shaa Allah berjaya laa aku ditermengandungkan oleh bapak AZA... heheheh

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)