Showing posts with label Hooray Hooray. Show all posts
Showing posts with label Hooray Hooray. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Father's Day Celeb: Dinner @ Ben's KLCC

Salam...

We are now at Ben's, KLCC... makan2 utk Hari Bapa, just the 3 of us.

The location was once used to be California Pizza Kitchen (CPK), now the ambience has changed, more relaxing, jazz musics are played... And the food, not bad I would say...

The father ordered Duck Confit Spaghetini, the father's son ordered chicken and mushroom pie, while the father's wife (that's me!) ordered Soft-shelled Crab Spaghetini. I love mine, truly recommended, and the price is of course, KLCC- priced... Oklah, boleh direpeat bila gaji masuk :)

To MAM, you are one truly great daddy to our son. May our love and the dedication to be great parents are blessed by Allah SWT. I love you with all my heart... Happy father's day to my arwah bapak... And of course, my FIL, too... love you!


The menu...

X tau kenapa dia buat mcm ni...


Daddy dan itiknya...


Can u spot my crab? Oh crap! My camera isn't high- end...

-BlogPress from my iPhone

Monday, December 21, 2009

Hammam & Gommage Spa

Salam...

Saya baru balik dari pegi bersantai... di spa... hmm, seronok!
It's a Morroccon type of spa, yg mana saya dan kawan segossip sepejabat saya dah mcm nenong2 di ofis, sebenarnya on cloud 9 sbb gaji masuk harini *ngeeee*...

jadi, terus laa saya apply cuti separuh hari, dan boss approve! mak aihh, gila best! apa lagi, bergegas kami ke Bangsar Village, sbb kat situ laa pot spanya! Never been there, but it was highly recommended by a friend yg dah pernah pegi ke sana (tapi saya yg recommend dia pegi sana... aikkk? cita zig- zag betul)... tapi mmg camtu laa cerita dia pon...

so once there, kami disuruh tukar baju, pakai all those disposable thingies, and robe...
then, di suruh masuk satu bilik oleh 2 mak arabs ni... one to handle me, another one to handle my friend.. then, she asked me to take off my robe... yikes! malunya!!! the room is actually a bilik mandi... but hi grade punya bilik mandi laaa, berlantaikan papan yg cun, dan ada tiling benches...
and dia suruh duduk atas bench belah sini, my friend bench belah sana... and they bathed us! double yikesssss!!! lagi malu besar... sbb they really bathed you, mcm mak mandikan anak!!! OMG, seriously malu hokey!!! u just sat there, and tunggu jek apa instructions dia... angkat tangan, nak basuh rambut, tutup mata... things like that.. haishhh...

then, bermula laaa era scrub... mak aih.. dia pakai sarung tangan yg mcm kertas pasir, perit tak ingat! but the result was good, in the sense you punya kulit after that mcm baby's bottom, bak kata org putih... but of course laa, the price you pay was seeing all the dead's skin yg bertaburan di atas tpt scrub itu... DAKI bak kata org melayu... sampailaa kawan I tu tak percaya punya laa banyak hasilnya, sbb secara logiknya dia kata hari2 dia scrub masa mandi pakai loofah, takkan masih banyak lagi daki? hahahhaa... funny, man!

then, acara massage plak.. bukan mak arab ni buat, some Pinoys maybe, sbb I tried to speak Malay with them, but no response.. I tried English, and their English sounded pelik sikit.. maybe laa kot.. aku pon takleh nak track bangsa apa dorang ni... but the massage was quite dissapointing, tak berapa kuat... bila mintak dikuatkan pon, waktu dekat2 nak abis...
tak kuat2 dorang pon, kami punya dengkuran masa dimassage tu, agak kuat laa jugak.. kah kah kah...

so for this experience, I would rate the place as 3/5... sbb massage tu pada aku yg penting... dimandikan tu mcm takde pasni pon takpe, tak boleh aku imagine aku kena dimandikan lagi oleh strangers... dia punya deco mmg cun laa kan, ye laa, Moroccan- themed... pastu the package is a bit pricey, since org dia pon imported nun jauh dari padang pasir, lagi satu disebabkan dia duk kat tpt posh tu kan... alaa Bangsar... so harga dia nun atas sikit dari yg biasa....

Pegi laa kalau korang nak rasa something new... selamat dimandikan! (yikes...! lain macam plak bunyinya)...

tempat berehat, in between sessions sambil minum teh & baklava sedap


kawan saya sedang menayang baklavanya... :)

Tuesday, September 8, 2009

Iftar with the Besties

Salam...

It was chaotic last Sunday, we had potluck session for Iftar at my place...
with all the ladies dominating, what could the guys/ husbands say about it? Layan jek laaaa...

Thanks for the food... yours truly ini just prepared nasik lembik putih yg sedap, my signature fruit punch and a place to chill (chill sangat laa kan rumah aku tu)...
Noriz for the first time ever, prepared masak lemak daging salai... yummy! and Noriz, hope this won't be the last time... lepas ni ada lagi... :)

Ratna, your sambal ikan bilis was a bless... my metabolism rate went fast that time, nak lagi.. nak lagi.. dan lagi...

Azmah and your sup daging (or tulang?) Siam... serious yummylicious! feels like I ordered one from an authentic Thai restaurant...

Liza, yes... your chicken was grilled perfectly by Tesco... hehehe.. and your KFC mmg finger lickin' good... (takpe, you were sick... next time masak signature dish kau ok?)

and the kids... were adorable as always... and further thanks to Yani and her friend for becoming our distinguished guests... hehehehhe..

Harus pose sebelum azan...

then solat... sempat tgk camera lagi...

now it's makan time... F.A.M.I.S.H.E.D!

Double birthday celebration for me and Noriz...

Love you, babes! Muuaahhhhhhsss...

Friday, July 3, 2009

Lamanya??? May 2005

Salam...

mmg lama... berjinggut org tunggu, sampai aku sendiri tunggu pon dah tumbuh akar... lagi laaa aku tak bergerak, sbb akar ni dah ikat aku...

oleh itu, sbb aku terlampau super rajin... maka aku buat edisi khas kali ni... beli kat majalah wanita pon tak jumpa, apatah lagi kalau carik version omputih... ni kolumpo jek ada, tu pon kedai che roz jek yg jual...

Berikut adalah ringkasan2 apa yg telah berlaku di dalam bulan May... (bulan June punya, tunggu lagi satu edisi khas ok? dia takleh keluar awal, sbb perangai 'super' aku tu laaa :)

Okasi Pertama: Lihat 'anak ikan' kami bermain2...
Ni anak ikan betul punya, sekali bapak-mak-sedara ikan2 semua ada... bukan 'anak ikan' yg dibela oleh datin2... aku bawak anak aku dan kawan aku sekali (aku dukung anak aku jek, kawan aku dia angkat diri dia sendiri) pegi Aquaria... menarik! Berlaku pada 24 May...


Okasi Kedua: Adik ipar aku berlaki (menikah)...
berlaku masa 30 May. Aku incas apa? hmmm, takde laa specific sangat selain hire photographer, buat bilik pengantin sikit2, beli barang2 hantaran, kemas rumah, hire mekap artist utk ahli keluarga, mandur masa reception dan yg paling penting, make sure anak aku tak meragam masa tu... Alhamdulillah! dia sangat memahami maknya... sebaliknya anak buah aku yg buat show... kesiannya ibunya itu...


Okasi Ketiga: Reception dekat De Palma Hotel
Sini takde apa2 yg boleh aku buat sangat pon... semua dah tersedia, tapi penat tetap gila laaa level dia kan? aku agak laa sbb aku pakai kasut yg boleh tahan tinggi heels dia... tu yg terpenat melampau tu! biasa pakai flat.com punya kasut jek, konon nak melawa haritu (ye laa tuan rumah laa katakan... haa hamek kau! sakit2 aku punya achilles... ekekekek)


tu jek laa kot aku rasa yg nak update... ada laa satu lagi occassion iaitu bertandang ke rumah belah pengantin lelaki tu... tapi aku tak bawak camera... sbb malas nak usung, ngan anaknya lagi, beg susu, wallet laki aku yg 'kembung' dgn resit tu... (sbb dia mmg akan tumpang handbag aku barang2 dia mcm kunci keta, wallet, hp kalau dia pakai baju melayu... sbb dia taknak nampak samping dia ternaik... sabar jek laaa)...
p/s: gambar collage adalah utk menyingkatkan masa yg diambil utk mengupload gambar menggunakan WiMax aku yg tak berapa nak MAX ni!

Monday, May 18, 2009

Men In Tutus

Salam...

Me and suamiku went to watch this performance yesterday... 'twas superb! Loved it... I'm not a big fan of ballet myself, prolly the thought of my incapability doing those spins, twirls, stand-on-your-toes (which are almost impossible kot)... hehehhe... but this show was something different... maybe they injected humor in it...

I was kinda afraid to bring MAM along at first, since I know he doesnt fancy ballet either... esp seeing men in tutus (memula tu nampak macam drag show!) But he liked it sebab funny and yeah... 'twas my treat :) (happy 13th anniversary, B...) bukan kawin, declare dulu2...

For me it was damn funny ok! Imagine those dancers are well- built (body ketul2), but they danced ballet like they have been doing that all their lives... so graceful together with the storyline from famous tales eg The Dying Swan and The Swan Lake, also they did Duet (famous ballet performance yg ada laki menari dgn perempuan tu)... and the funny part mostly came from the way they wanna potray that they are guys... TAK SHAVE BULU KETIAK, ok!!!!

overall I give them 4 out of 5... best!




KLPac - pegi laaa, cam menarik gak tpt ni...


some of the comments were posted at the KLPac lobby...

and I captured the best one after the show's over (coz I laughed the hardest at this scene)

'My man not in tutu'... another 'forced' performance directed by the photographer... sorry B, thanks a lot kerana melayan karenahku menyuruhmu berposing...

Friday, March 6, 2009

I'm Always Yours...

Salam...

semalam tak sempat nak update, MC... sakit belakang + ada perasaan 'tak rajin' sikit ;)
so aku tepek laa apa yg berlaku hari rabu haritu...
Yours truly and her hubby went to Stadium Negara, tgk concert... Jason Mraz!!!
sangat seronot!!!
walaupon aku hanya dapat mengikut 3-4 lagu sahaja (hafal separuh2 jek pon), dan lagu2 yg lain tu tak tau langsung (alaa, biasa laa ada ramai org gak camtuh)... aku tetap melayan... walaupon dgn hanya menepuk2 tangan, tepuk2 peha dan goyang2 tengkok!

dan si Jason itu sangatlah comel! not from the way he looks, but his gestures and everything... iskk, toksah cakap laa pompuan2 sebelah/ depan/ belakang aku kan... terjerit2... aku jek tak! suamiku kan ada kat sebelah.. kena laa control... hahaha, tidak laa kan... lakiku pon akan blur kalau aku dok senyap begitu sahaja...

abis concert tu, kitorang tak balik terus... tunggu kat backstage door pulak! tunggu dia balik... aku dapat laa good spot by the tangga bus... bila JM tu nak naik bas jek, menjerit2 laaa semua org (mind you, kita tak jerit ok! kita jerit2 halus jek...) dia siap baling t-shirt and this one girl yg duduk atas bahu bf dia dapat... imagine kalau aku yg duduk atas bahu suamiku juga, konfem dapat laa deeyyy!!! (tapi suamiku kata, kalau harus terjadi begitu, dia kata it will be a win- lose situation, aku menang dapat t-shirt, dia kalah dapat sakit tengkok!) chaittttt! nanti akak turunkan berat dulu, baru dia boleh carry... oohhh sungguh romantisnya janjimu itu, suamiku...

but anyhow... kami gumbira... esp MAM, pasal dia yg nak sangat tgk... aku belanja dia mengenangkan aku frust si Rihanna tu cancel... so aku tutup mata dan beli jek JM's tix ni... (letih dah tau hafal lagu Rihanna, bila laa dia nak buat concert ni?)

(pix to come, tak upload lagi)

Tuesday, February 17, 2009

Hari Sabtu & Ahadku 14.02 & 15.02 (A Trip to Kuala Selangor)

Salam...
ok... kalau dah tak celebrate V- Day tu, ajak laa kawan2 merayap2... ke mana? Kelip2 di Kg. Kuantan, Kuala Selangor! Woohoo!!! Mula2 tu almost nak dicancelkan on Friday, sbbnya tak ramai yg free, tapi disebabkan semangat kawan2 aku yg lain dah meronta2 nak pegi, maka diteruskan jugak...
kitorang bertolak lps zuhur on saturday... berenti lunch kat R&R Awan Besar kat Kesas tu, headed towards Sg. Buloh... then to Kuala Selangor. The journey took about 1.5 hours, not bad la kan... sampai jek, ingatkan nak straight pegi hotel, tapi kawan2 aku yg dah memang teruja tu, nak tgk site dulu...

Site visit...

then, off to the hotel, de palma hotel, kuala selangor... lepak2 kejap sampai laa kitorang ready2 after maghrib prayer utk ke Kg. Kuantan, tempat rasmi kelip2 tu menginap... (time ni semua cam dah kemaruk, dan excited gila dah!)... beli tiket $10 sorang (sampan hanya boleh memuatkan 4 org penumpang sahaja, so kalau korang datang ber2, make sure pandai2 laa carik kawan baru kat situ nanti mintak ditumpangkan atau korang ajak dia tumpang bot korang nanti)... ni ala2 kes prebet sapu laa, kereta takkan jalan kalau tak cukup orang lagi :) aku ngan laki aku kena naik ngan satu couple cina yg muda (dorang tgh celebrate V-Day sambil tgk kelip2, so sweet!), manakala kawan2 aku yg 4 org tu naik satu bot... harus laa berlumba... hahah, takdelah...

Ni laa chalet kami @ De Palma (model: anakku yg aktif itu...)

aku cam cuak2 gak laa, psl dorang mmg kata ada buaya (standard laa dah kalau sungai yg ada udang, mmg ada Pak Ya ni!) ala2 ngeri laa gak memikirkannya... tp dorang kata dia tak usik kalau tak usik dia... so dgn bismillah, kami pon naik bot... so masa pendayung aku yg cool tu bawak ke seberang sungai (kat pokok2 tu korang dah nampak cahaya kelip2... dan pemandangan dia sebijik mcm christmas tree)... korang dah macam terlupa semua tu... Subhanallah, cantik!

bapak & anak atas sampan... nasib ada life jacket, rasa secured sikit...

abis jek semua tu, kami apa lagi, sesi makan laa pulak... abang pendayung suggest kitorang pegi Jeram, makan seafood kat Pantai Jeram... food takde laa sedap gila, biasa2 jek... I've had better laa...

satu family yg gambar mereka dirakam (tanpa ada rasa malu...)

esoknya tu, lepas check- out, kitorang pegi berjalan2 kat tpt bersejarah pulak @ Bukit Malawati... tgk2 meriam Belanda, rumah api semua... kat atas tu pon ada muzium about Selangor ni, so you can easily kill time kat situ laa... (sbb kalau tak kang rasa takde apa2 sangat atas tu, selain melayan monyet2 jek)... korang tau tak, salah satu version mana datangnya nama Selangor ni ialah there was this one pahlawan terkenal dan handal laaa... sekali ada satu time tu, dia tgh lepak2, datang satu langau hinggap kat pipi dia, dia pon sudah naik hangin la kan... dia tampar pipi dia dgn sekuat- hatinya dgn harapan nak punahkan langau tu, belakang dgn jayanya langau itu dapat terbang... maka sakit pipi + sakit hati free2 jek laa kan... terus dia terpk, aku dgn org tak kalah, tapi ngan langau boleh kalah? Sure tpt ni bertuah, aku nak namakan this place Se-Langau (seekor langau)... last2 nama ni tukar Selangor over the times... mak aih, cam psycho kan? Tp tu laa, ada lagi 2-3 version yg nampak lagi convincing laa jalan cita dia dari yang ni, tp somehow yg ni jugak aku hafal... hahahhaa... mungkin aku kesiankan mamat dalam cita ni sbb pipi dia sure kemerah2an sbb sakit dah menahan malu...

ni laa geng2 pengembaraan ke Kuala Selangor...

so dah abis2 semua tu, kitorang pon turun aaa balik (eh lupa, nak naik atas, dan turun tu semua korang boleh naik tram yg tiket $2 for dewasa, $1 for kids, dan kitorang rasa worth gila, sbb abg drebar tuh mmg layan penumpang2 dia haritu mcm naik roller- coaster... lap ajek keja dia.. best woooo!)... then, ready to head home... on the way tu sempat lagi menyinggah kat A&W Subang Jaya... woohooo.. best laa weekendku kali ni... Cuti- Cuti Malaysia...

tram (pandangan depan... tak nampak kitorang, kitorang ada kat belakang, biasa laaa, rock! :)

haaa, tengok dia lap sekali... dia buat lebih 12x, tau!... :)

Tuesday, February 10, 2009

Puteri Gunung Ledang Season III

Salam...

Last Fri aku + MAM pegi tgk PGL... so dengan penuh semangat juang tinggi (time ni darah Hang Tuah + Tun Teja aku tgh memuncak) dan penuh berkobar2, kami pon pegi... all this while org banyak cakap best gila, gempak... so aku pon wanna be one of them laa konon2nya... pastu dapat pulak tiket free 2, B*M kasik... sempena 50 tahun, so semua staff dapat laaa kan...

hmmm, pegi2, dan sampai right on time, 8.25pm to be exact! sbb katanya start pkl 8.30pm... belakang pukul 9pm! iskk, siapa laa VVIP(s) punya angkara laa tu... nak jek aku ngutuk! tapi sbb masa tu dah pasang mood nak layan... so aku boh kan ajek!

maka cerita pon bermula... opening sangat menarik! yada...yada... yada... sampai laa part Hang Tuah keluar... nyanyi mmg power gila si stephen rahman tu... tapi bila dia cakap... mmg laa aku boleh bg kredit kat dia di atas kesungguhan dia pabila mengenangkan dia melayu celup... tapi alangkah akan kurangnya cacat cela itu, pabila ianya seorang melayu tulen yg memegang watak hero terakhir melayu itu! sbb kadang2 korang akan terdengar bunyik2 ala- ala "my secha-wen" dia tu... other than that, he's awesome!

pastu aku paling suka part adlin, si sultan mahmud gila kuasa itu menari gatal sbb dia nak kawin ngan Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah... yup! secara mengejutnya, mamat tu boleh nyanyi, menari light2, sambil membuat muka gatal... hahaha, funny as heck!
dan of course laaa, suamiku yang sporting itu amat suka dgn "AC di mana??? AC Disini..." sebagai Gusti Adipati Handaya Ningrat... si AC tu siap buat tarian rappers dia masa semua2 pelakon menundukkan diri berterima kasih kepada kami.... suamiku harus laa memberi standing ovation kan? (aku pon sekali... ehehhee)...

tapi ending dia tak berapa best... mcm slow ajek... aku budget dorang nak buat ending yg ada impact skett... cam yang jenis kau akan kata "Alamak, dah abissss? perrghhhh! syahdu... best! best!", tapi sayangnya tidak... ending dia biasa2 jek...
kesimpulannya, not so bad laa.. boleh laa kata best... aku kasik 3.5 bintang laaa... ke lebih aaa? ok laa.. 4 bintang... ok laa tu.. not bad laa utk aku yg tak pandai kritik menda2 seni ni.. hehehhe


ni jek laa aku dapat... curtain call...

dah abissss... boleh balik!

Harus ada background tu...

Hang Tuah wannabe?

another wannabe? (apsal mata aku cam juling air?)
mereka bergambar dgn salah satu hantaran utk Gusti Putri, air mata rakyat satu tempayan


kami...


Hang Tuahku yg gagah perkasa... love you, laling!

"orang Melaka bersopan- santun, pandai pula berpantun" - Gusti Putri

(kah... kah... kah... jgn marah laa ieta dan -suamiku-, don't hate us (aku dan -suamimu Nuar-) coz we're beautiful... beautiful Malacca decendents... ekekekek... sorry laa, dorang takde quote org Kelantan in that story... nanti suruh Tiara buat cerita Cik Siti Wan Kembang, okeh? :)

Friday, December 26, 2008

The Island of Gods

Salam...

Our closing vacation for the year 2008, Bali... 5D/4N @ Bali Garden Hotel.
'twas my second time there, and the first for both MAM & AZA... so, more or less I was their informal tour-guide kehormat.. hehhehe... unpaid!

I was responsible to do the hotel booking, etc... and settled for this 3- star rating together with 2.5 days tour... first look at the hotel facade, I was like, oh no! I've made a mistake here... coz they have patungs here and there (but then again, kat Bali kan, kat mana yg takde pon???) Nevertheless, once you stepped-in, greeted by the staff (tips here and there ;) we found that it wasn't bad at all... apparently there were lots of mat/ minah salleh here and there (banyak gila ikan2 duyung yg bergelimpangan, semoga suamiku tabah sepanjang di sana, hik!) we were the minority ones...

one thing that I had problem in Bali was the food... susahnya nak masuk tekak... I dunno why, but it seemed that the tour package that we took (they provide lunch + dinner for the 2.5 days) always brought us to those restaurants that has bad cookings... dah laa aku ngan lakiku ini sangat menitikberatkan pemakanan yg pedas (plus MAM is really into masin2 punya taste)... sekali these 2 things were the main thing that they were lacking... cheh! so on those remaining days yg takde tour tu, we opted for Masakan Minang... rented a bike, and off we go to any restourant or rumah makan that seemed appealing to our eyes... tapi sampai bila pon boleh makan makanan minang yg berminyak2 tu kan? last2 pegi Wong Solo Ayam Bakar (yg ada kat area2 Ampang ni jugak)... "Baik makan kat Malaysia jek", kata lakiku... hehhehe... "Malaysia tak pandang laaa, we have Pelita, tomyam, nasik lemak what!", aku membalas semula... maka kejadian makan dengan rakusnya pon bermula...

apart from that, I love the culture.. walaupon sana sini terpasang colok, and offerings in the woven coconut leaves were everywhere... this what makes theirs unique (maybe I should be anthropologist, kan?) I love the cleanliness (my FIL experince: he flicked his cigarette butt, and right in front of his eyes, a local people picked it up, and put it in the trash can next to him... he said malu sekejap... heheheh), and the safeness of the place (they believe in karma, even how 'brutal' they looked pon, when they greeted you, they greeted with humble and polite gestures...

me: we should repeat back coming here, lots of other things to see... banyak tpt boleh gi belanja2...
MAM: sekali cukup... boleh gi tempat lain pulak...
me: alaaa, first time kita absorb as much as we can, second time datang, kita relax2, manja2 kan diri, stroll by the beach lama2, beli belah sana sini...
MAM: wahhh, awak punya type of vacation ni banyak belanja kan?
me: (tersengih kerang)...

I SUGGEST: you get yourself to Bali, go to their spa... on the last day there I managed to get myself a Balinese massage, body scrub (with beras ke hapa ntah, kulitku seperti bayi selepas itu.. hahah), and mandi bunga dalam tub yg besar... RM80 jek! Murah ok??? Nyesal aku tak pegi dari first day lagi...

@ Tanah Lot, it was raining, and high tide... so takleh ke sana... waaa, melepas lagi!!!

Kecak & Fire Dance @ Uluwatu... ngeri akak... dorang menari tak pakai baju

sunset @ Uluwatu, accompanied by the dance... Subhanallah

yeah! Pimp my ride... Peace out!

Dinner @ Jimbaran Bay... ok laaa, ala2 romantic gitu...

Monday, December 15, 2008

Weekendku yang Berduit

Salam...

Last Saturday was fun! I entered a treasure hunt competition organized by my company... I was one of the "bidan terjuns" for the team, as same as Kak N**mah (the driver)... My team consisted of Kak N**mah, Bi*in (navigator, yg kadang2 menyesatkan kitorang), me and F*ra as navigators...

seriously, all this while kalau main, I just tried to crack the questions with what within my head... sekali main dgn F*ra, she was well equipped with GPS, a notebook will Google- enabled, a minute- away phone call to her hubby (yg dimana hubby dia mmg dah duduk depan pc or laptop mencarik jawapan, if she calls...) wahhh, very competitive one!

it was tiring, hot and almost got me broken into two... susah ok? there are times when I was actually dah lalu depan jawapan 2-3 rounds, but I didnt see it... I mean, how can you know that was the answer when you didnt break the clue? tee hee hee... tp when F*ra approached me, she solved it! she said that was the answer!!! Man, talking about the regular player... they know what to find, and whatnot... crazy laa all these people... they really think out of the box...

overall, it was cool... I enjoyed it very much... especially the part that we are the champion... woohoo!!!! sapa sangka cempedak dah jadik nangka! RM1500 for the champion to spend... hmmm, ok laa tu, weekendku yg pasti dikenang kerana mendapat free money, for sure it was not an easy one!

Ok laa, next year boleh masuk lagi... (aikkk? harituh masa tgh panas2 terik tu dah janji taknak masuk dah????? I'm blinded by those prizes... LOL)

p/s: pix to be uploaded later...

Thursday, December 11, 2008

Raya Hajiku

Salam...

harinih baru sempat nak update blog... on what happened masa Raya Haji last Monday...
mak aihh, hujan, hujan dan hujan jek haritu... konfem laaa esoknya tu aku demam...

malam raya tu... kami anak beranak (aku beraya kat umah MIL aku) pegi spa... hahaha, dah takde kegiatan lain yang lagi berfaedah laa nak buat... nak lalalala takde mood, nak shopping masing2 cam kepenatan, nak kluar jalan2, mcm jem jek area2 KL that nite... so aku laa yg suggest gi spa... and semua setuju.. maka aku, lakiku, MILku and 2 adik iparku pon folo... (FIL ku tak ikut, pasal dia domam)...

sampai jek sana, 4-4 perempuan ni masuk... lakiku tak masuk... dia just dok kat waiting area tu and layan tv (at some point dia dah bosan tunggu kitorang, dia ngan selambanya cakap kat tokeh tu dia nak tumpang tido kat dalam one of the massage room)... selamba tak? hahahaha... rock on babeh! so dalam lebih kurang 2 jam selepas itu, kitorang dah setel (MIL aku sponsor semua org... bestnya! Thank you, mak!), headed home, and tido... ready for tomorrow...

besoknya tu (raya yeay!) most of us terlajak... sib baik dibangunkan oleh suara2 takbir kat surau sebelah rumah ni... apalagi kelam kabut laa mandi... sbb tgk jam dah nak dekat 8.15am... (padahal abah aku dah cakap dah mlm td, esok solat raya 8.30, jgn lambat)... sekali lambat gak daaa... last2... yg sempat solat raya hanya aku, suamiku dan abah... yg lain, selamat!!! sengih kerang jek laa bila aku tanya... hahahha...

pastu acara korban pon berjalan... dalam hujan... aku ni toksah cakaplaa kan, aku mmg jenis excited2 benda2 camni... nasib aku pompuan, kalau tak aku turun padang punya... tp, aku tetap took part.. jadik photographer, guna camera In*... tak pakai payung tu, konon kebal laa ngan hujan... pastu tak puas hati gak, carik payung, amik AZA, carried him and bagi dia tgk apa bapak dia buat, and what happened to the lembus... dia cam excited, sama cam mak dia gak... hehehe

kami yang tersengih melihat keajaiban dalan hujan...

ni lah keajaibannya... melihat suamiku in action... yeah, way to go, my man!

sejuk perut MIL aku tgk anak dia bergaul dgn masyarakat... ;)

pastu dah dibahagi2kan daging, aku pon layan laa dengan membuat daging panggang dicicah bersama kicap + cili + bawang... sluurrppp.. semua cakap sedap.. heehhe... (tiba2 teringat kat nenek aku yg mmg akan buat daging panggang ni masa raya2. Nek, roz tak balik raya sob..sob..)

lps maghrib, pegi jalan raya pulak kat rumah sedara @ rawang, sedapnya cekodok pisang dia... then beraya pulak rumah parents biras aku yg kat selayang tu... sedapnya cucur udang dia... aikk? baru perasan, dua2 rumah aku pegi ada cekodok... layannnn....

besoknya tu aku MC... oooo, tak kebal rupanya aku ni... hmmmm

Monday, December 1, 2008

and the RESULT is...

Salam...

OK I had to admit, on my last day of the tournament, it was my off-tune day...
my throw was bad, my 'strike' didnt happen, and my spare was wayyy gone, into the darkness of the alley...
ntah laa... tak tau apsal... probably that was my 'first day'... but it didnt bother me that much as before... later I figured out maybe because God punished me of wearing white with no camisole inside... hahahah... I tried comforting myself with every reasons in the world... :)

My first 3 days (mind you, I had 4 match days... all were unrecorded leave... I know some of my collegues like **war & J*pp would kill for these!) were all awesome... chewah, perasan kejap...
ye lah, I wouldn't be the permanent bowler for all the matches... hahah... hmm, maybe I was 'on form' for those 3 days, and my 'joboness' was getting higher, that was why God punished me on the last day... *Astaghfirullah*... semuanya ada kena mengena... ;)

so in the end, my team got 6th overall... out of 8... hahhaha... sorry laaa, tried my best with my straight ball, but those 5 teams, they played 'hooked ball'... mana tak terrer! and we didnt hire a coach (out of budget allocated katanya... hmmpphh lantaklaaa)... and they have coach, cheered them all the way... oohh so jealous...

but I did have fun... with the crowd, with the team- spirit, with my progress, but not with my hotel's bathtub definitely... asyiklah bertakung air tu, after my roommate had her shower... so I ended up had my shower in the next room... tumpang bilik orang lain... hmmppphh!


malam sblm tu, konon2 meeting kasik semangat naik, strategize laa semua...

BNM on three... 1,2,3 BNM!!!


Perempuan2 Team A

Kapten tgh monitor markah kitorang... teruk ke x