Friday, March 6, 2009

I'm Always Yours...

Salam...

semalam tak sempat nak update, MC... sakit belakang + ada perasaan 'tak rajin' sikit ;)
so aku tepek laa apa yg berlaku hari rabu haritu...
Yours truly and her hubby went to Stadium Negara, tgk concert... Jason Mraz!!!
sangat seronot!!!
walaupon aku hanya dapat mengikut 3-4 lagu sahaja (hafal separuh2 jek pon), dan lagu2 yg lain tu tak tau langsung (alaa, biasa laa ada ramai org gak camtuh)... aku tetap melayan... walaupon dgn hanya menepuk2 tangan, tepuk2 peha dan goyang2 tengkok!

dan si Jason itu sangatlah comel! not from the way he looks, but his gestures and everything... iskk, toksah cakap laa pompuan2 sebelah/ depan/ belakang aku kan... terjerit2... aku jek tak! suamiku kan ada kat sebelah.. kena laa control... hahaha, tidak laa kan... lakiku pon akan blur kalau aku dok senyap begitu sahaja...

abis concert tu, kitorang tak balik terus... tunggu kat backstage door pulak! tunggu dia balik... aku dapat laa good spot by the tangga bus... bila JM tu nak naik bas jek, menjerit2 laaa semua org (mind you, kita tak jerit ok! kita jerit2 halus jek...) dia siap baling t-shirt and this one girl yg duduk atas bahu bf dia dapat... imagine kalau aku yg duduk atas bahu suamiku juga, konfem dapat laa deeyyy!!! (tapi suamiku kata, kalau harus terjadi begitu, dia kata it will be a win- lose situation, aku menang dapat t-shirt, dia kalah dapat sakit tengkok!) chaittttt! nanti akak turunkan berat dulu, baru dia boleh carry... oohhh sungguh romantisnya janjimu itu, suamiku...

but anyhow... kami gumbira... esp MAM, pasal dia yg nak sangat tgk... aku belanja dia mengenangkan aku frust si Rihanna tu cancel... so aku tutup mata dan beli jek JM's tix ni... (letih dah tau hafal lagu Rihanna, bila laa dia nak buat concert ni?)

(pix to come, tak upload lagi)

1 comment:

mslvoe said...

best yer tgpok concert