Tuesday, February 17, 2009

Hari Sabtu & Ahadku 14.02 & 15.02 (A Trip to Kuala Selangor)

Salam...
ok... kalau dah tak celebrate V- Day tu, ajak laa kawan2 merayap2... ke mana? Kelip2 di Kg. Kuantan, Kuala Selangor! Woohoo!!! Mula2 tu almost nak dicancelkan on Friday, sbbnya tak ramai yg free, tapi disebabkan semangat kawan2 aku yg lain dah meronta2 nak pegi, maka diteruskan jugak...
kitorang bertolak lps zuhur on saturday... berenti lunch kat R&R Awan Besar kat Kesas tu, headed towards Sg. Buloh... then to Kuala Selangor. The journey took about 1.5 hours, not bad la kan... sampai jek, ingatkan nak straight pegi hotel, tapi kawan2 aku yg dah memang teruja tu, nak tgk site dulu...

Site visit...

then, off to the hotel, de palma hotel, kuala selangor... lepak2 kejap sampai laa kitorang ready2 after maghrib prayer utk ke Kg. Kuantan, tempat rasmi kelip2 tu menginap... (time ni semua cam dah kemaruk, dan excited gila dah!)... beli tiket $10 sorang (sampan hanya boleh memuatkan 4 org penumpang sahaja, so kalau korang datang ber2, make sure pandai2 laa carik kawan baru kat situ nanti mintak ditumpangkan atau korang ajak dia tumpang bot korang nanti)... ni ala2 kes prebet sapu laa, kereta takkan jalan kalau tak cukup orang lagi :) aku ngan laki aku kena naik ngan satu couple cina yg muda (dorang tgh celebrate V-Day sambil tgk kelip2, so sweet!), manakala kawan2 aku yg 4 org tu naik satu bot... harus laa berlumba... hahah, takdelah...

Ni laa chalet kami @ De Palma (model: anakku yg aktif itu...)

aku cam cuak2 gak laa, psl dorang mmg kata ada buaya (standard laa dah kalau sungai yg ada udang, mmg ada Pak Ya ni!) ala2 ngeri laa gak memikirkannya... tp dorang kata dia tak usik kalau tak usik dia... so dgn bismillah, kami pon naik bot... so masa pendayung aku yg cool tu bawak ke seberang sungai (kat pokok2 tu korang dah nampak cahaya kelip2... dan pemandangan dia sebijik mcm christmas tree)... korang dah macam terlupa semua tu... Subhanallah, cantik!

bapak & anak atas sampan... nasib ada life jacket, rasa secured sikit...

abis jek semua tu, kami apa lagi, sesi makan laa pulak... abang pendayung suggest kitorang pegi Jeram, makan seafood kat Pantai Jeram... food takde laa sedap gila, biasa2 jek... I've had better laa...

satu family yg gambar mereka dirakam (tanpa ada rasa malu...)

esoknya tu, lepas check- out, kitorang pegi berjalan2 kat tpt bersejarah pulak @ Bukit Malawati... tgk2 meriam Belanda, rumah api semua... kat atas tu pon ada muzium about Selangor ni, so you can easily kill time kat situ laa... (sbb kalau tak kang rasa takde apa2 sangat atas tu, selain melayan monyet2 jek)... korang tau tak, salah satu version mana datangnya nama Selangor ni ialah there was this one pahlawan terkenal dan handal laaa... sekali ada satu time tu, dia tgh lepak2, datang satu langau hinggap kat pipi dia, dia pon sudah naik hangin la kan... dia tampar pipi dia dgn sekuat- hatinya dgn harapan nak punahkan langau tu, belakang dgn jayanya langau itu dapat terbang... maka sakit pipi + sakit hati free2 jek laa kan... terus dia terpk, aku dgn org tak kalah, tapi ngan langau boleh kalah? Sure tpt ni bertuah, aku nak namakan this place Se-Langau (seekor langau)... last2 nama ni tukar Selangor over the times... mak aih, cam psycho kan? Tp tu laa, ada lagi 2-3 version yg nampak lagi convincing laa jalan cita dia dari yang ni, tp somehow yg ni jugak aku hafal... hahahhaa... mungkin aku kesiankan mamat dalam cita ni sbb pipi dia sure kemerah2an sbb sakit dah menahan malu...

ni laa geng2 pengembaraan ke Kuala Selangor...

so dah abis2 semua tu, kitorang pon turun aaa balik (eh lupa, nak naik atas, dan turun tu semua korang boleh naik tram yg tiket $2 for dewasa, $1 for kids, dan kitorang rasa worth gila, sbb abg drebar tuh mmg layan penumpang2 dia haritu mcm naik roller- coaster... lap ajek keja dia.. best woooo!)... then, ready to head home... on the way tu sempat lagi menyinggah kat A&W Subang Jaya... woohooo.. best laa weekendku kali ni... Cuti- Cuti Malaysia...

tram (pandangan depan... tak nampak kitorang, kitorang ada kat belakang, biasa laaa, rock! :)

haaa, tengok dia lap sekali... dia buat lebih 12x, tau!... :)

No comments: